Thursday, January 13, 2011

31st year........

x sangka umurku hampir mencecah ke 31 tahun x kurang lg 1 jam. Pada umur begini aku telah berkahwin selama 5 tahun lebih, mempunyai somi yg amat2 penyabar dgn kerenah isteri dia ini. Aku dikurniakan 2 cahaya mata yg comei...sorg perempuan dan sorg lelaki...masing2 berumur mencecah 4 dan 2 tahun. Aku mempunyai kereta dan sebuah rumah hasil usaha aku dan somi.

Hmm...kehidupan ku telah lengkap...biasalah manusia biasa melakukan kesilapan. aku juga begitu. harapanku agar aku dapat mengubah segala kelemahan yg ada dan memperbaikinya sebaik yg mungkin. menjaga rumahtanggaku menjadi sempurna. mendidik anak2 ku menjadi anak2 yg berjaya, soleh dan solehah.

Suka aku nyatakan di sini bahawa aku bahagia sekarang....cuma satu saja harapan yg belum tertunai yakni somi belum dapat bertukar tempat kerja utk hidup bersama2 ku dan anak2.

1 comment:

Anonymous said...

bila nak tambah lagi sorang.....hehehehe