Saturday, October 23, 2010

Memori Kehidupan

http://www.szha-musz.blogspot.com

Salam pagi. Terpanggil utk mencoretkan di blog yg x seberapa ini apabila terpandang satu papan tanda Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Disembahyangkan. Apabila menyentuh bab agama, mmg x berapa pandai sgt tp kita mahu belajar dan tidak mudah cepat putus asa satu semangat yg perlu diberi pujian. Ibarat nak buat suatu kenduri kahwin. Tujuan utama adalah utk memberitahu kepada org ramai bahawa pasangan ini telah berkahwin. Ini utk mengelakkan FITNAH. Berbalik kepada perkara2 yg melibatkan SOLAT ini, diri ini juga ada kala leka dgn duniawi. Tapi kita tidak cepat melatah jika ada org yg menegur kita utk ke arah kebaikan. Anggap ianya sebagai benda positif. Bersyukur kerana ada juga org yg ingin mengingatkan kita bahawa SOLAT itu WAJIB. Bukan hanya pergi mengaji Al-Quran, tetapi selepas itu masih mengamalkan ajarannya sehingga MATI. Mati juga tidak mengenal umo. Sama2 kita mengingati antara satu sama lain. Ada atau tidak di antara kita ini yg berterima kasih kepada org lain yg mengingatkan kita ke arah kebaikan. Bukan utk menjaga hal org lain tp sebagai umat Muhammad perlu menegur sahabat atau org yg kita kenali sebanyak tiga kali. Jika selepas itu tidak juga diikuti, barulah kita terlepas dari tanggungan. Sekurang-kurangnya kita telah menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam.yg selebihnya biarlah Allah saja yg mengubah hatinya ke arah kebaikan. Sekurang-kurangnya masih ada yg sayang pada kita jika ada org yg menegur perilaku kita daripada membiarkan kita terus hanyut dibuai duniawi. Hanya Allah sahaja yg tahu apa yg patut berlaku dan apa yg tidak patut berlaku.....masyaAllah...........pada zaman ini, bila kita menegur ke arah kebaikan pun tidak boleh diterima oleh org...jika kita lakukan sesuatu perkara kerana Allah, kita tidak perlu tahu org boleh terima atau tidak tapi yg paling penting kita sudah menyampaikan apa yg perlu. Terpulang kepada mereka utk mengambilnya secara positif atau sebaliknya. SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI DOSAKU YG LALU, SEKARANG ATAU PADA MASA HADAPAN.YG BAIK ITU DR ALLAH JUA DAN YG BURUK ITU ADALAH DR HAMBAMU YG HINA DINA INI.AMIN.

Wednesday, October 20, 2010

Anak ku.....

http://www.szha-musz.blogspot.com

Bila tiba masalah yg kita x dapat selesaikan, hanya air mata menjadi pengubat setia. x tau nak berbicara dgn sesiapa krna mereka mgkn x faham apa yg kita alami. Bila air mata turun berjujuran, tiba-tiba anak lelakiku Afy dtg dan menyapu air mataku dgn jari mulus nya. sebak hatiku kerna anak kecil ini masih tidak tahu apa2 tp sudah pandai mengambil hati ibunya yg tengah bersedih. Malah bila ditanya sayang pada ibu x, terus dia memeluk ku dgn sepenuh kasih n sayang. Ya Allah sesungguhnya engkau memberikan cahaya mata kepada ku utk ku mengubat hati yg lara...